Memulakan karier sejak kecil, Puteri Balqis atau lebih mesra dikenali sebagai Aqish sering menjadi perhatian orang ramai. Jika dulu namanya sering mendapat pujian kerana lakonan, namun kini namanya ada dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi ‘panas’.
Dia kini dilihat sudah kembali semula aktif berlakon setelah sekian lama, tidak mengambil pusing komen-komen negatif diterima daripada netizen yang mengecam penampilan seksinya.
Bagaimanapun, pendedahan pelakon itu baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak dan tidak akan pernah menyangka gadis terbabit serta ibunya hidup dalam keadaan terseksa beberapa tahun sebelum ini.
Melalui saluran YouTube Brosgangs, Aqish telah membuka cerita mengenai perangai sebenar bapa kandungannya yang membuatkan dia menjadi dirinya sekarang ini.
Menurut Aqish sambil berlinangnya air mata, dia yang masih kecil ketika itu bersama ibu terpaksa hidup dengan ‘nafsu binatang’ bapa dan antara perbuatan jijik yang dilakukan adalah serangan seksual.
Dia suruh saya tengok porn masa umur 5 tahun. Mak sakit, dia selamba masturbate dekat depan.
Dalam pada masa yang sama, pelakon itu sempat meminta maaf kepada ibu tercinta sebab tidak dapat menahan diri lagi daripada tidak bercerita mengenai hal ini kerana ‘penat’ melihat ibunya sering dicemuh ramai.
komen netizenMeninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang telah dilalui oleh ibu serta gadis terbabit dan dalam pada itu, warganet juga berharap agar orang ramai untuk tidak lagi menjatuhkan hukuman sesuka hati kepada dua beranak itu selepas Aqish menceritakan hal sebenar ini.