“Sya Tngah Sakit Prlu Bedah, Tpi Ank2 Prlukan Duit Untuk Sambung Belajar” AaronAziz Dedah Sesuatu Bimbangkan Peminat

Pelakon, Datuk Aaron Aziz memberitahu dia lebih rela menanggung kesakitannya asalkan dapat terus berlakon demi membayar yurang pengajian anak-anak.Aaron yang telah lama menghidap penyakit akibat masalah saraf tulang belakang sejak 10 tahun lalu menzahirkan kebimbangan tentang risiko yang bakal dihidapi selepas pembedahan, kos perubatan yang agak besar bagai rawatan penyakit berkenaan.

“Kos pembedahan memang besar. Ubat sahaja memakan belanja dua hingga tiga ribu. Tapi nasib baik saya ada insurans.“Itu salah satu faktor yang saya perlu fikir. Anak-anak pun masih lagi belajar. Anak perempuan saya, Dahlia Arissa baru memasuki kolej. Anak lelaki saya pula, Danish Anaqi sekarang belajar di sebuah kolej di Jepun.

“Mereka akan masuk ke Universiti yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, tak apalah saya sakit. Saya masih berlakon sebab nak kejar bayar semua yuran anak-anak,” katanya.Aktor berusia 46 tahun itu juga selalu berpesan pada anak-anak supaya tidak bimbang soal duit dan hanya fokus terhadap pembelajaran masing-masing.





“Isteri saya juga selalu ingatkan anak-anak tentang pengorbanan, bekerja keras untuk cari duit demi anak-anak. Insya-Allah saya boleh tanggung pembelajaran mereka,” katanya.“Sekitar bulan 10 nanti saya terlibat dengan penggambaran sebuah filem. Insya-Allah jika tiada halangan, saya akan buat pembedahan tulang belakang pada penghujung Disember nanti selepas pulang daripada umrah,” ujarnya.



Aaron disahkan mengalami masalah saraf dan tulang belakang tersepit 10 tahun lalu, Aaron kini bergantung dengan suntikan steroid selain ubat tahan sakit ketika bekerja.Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati terdapat ketumbuhan (bukan kanser) pada bahagian bawa tulang belakangnya yang memerlukan pembedahan.
LihatTutupKomentar

HISTATS