“Dia Macam Taknak Bertanggungjawab” – Tiada Permohonan Maaf, Mangsa Kesal Dituduh Punca Ikmal Amry Kemalangan

Baru-baru ini, kemalangan yang menimpa pelakon, Ikmal Amry bersama isteri dan anak kecil di highway hingga menyebabkan kenderaan terbalik telah menarik perhatian ramai kerana boleh dikatakan agak teruk, namun tiada yang cedera.

Difahamkan daripada penjelasan seorang pengguna jalan raya, Norliana Abdul Hamid, dia mendakwa Ikmal ketika itu memandu dalam keadaan yang laju hingga menyebabkan berlakunya kemalangan di Lebuh Jalan Raya Utara Selatan (Plus) ke arah Melaka, Sabtu.

Menurut wanita itu, disebabkan kejadian yang berlaku, kenderaannya juga turut dirempuh dari belakang oleh kereta lain selepas Ikmal melanggarnya.

Dalam pada itu, Liana memberitahu mereka sekeluarga ketika itu dalam perjalanan ke Melaka bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibu, namun tidak sangka ia bertukar menjadi satu tragedi hingga membuatkan ibunya masih dalam keadaan trauma dan kakak alami kecederaan ringan.

Apa yang membuatkan wanita terbabit berasa kesal dengan perangai Ikmal apabila dia seperti tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan memandu dengan laju hingga mengakibatkan kemalangan dan langsung tiada kata maaf daripada mulut pelakon itu.

LihatTutupKomentar

HISTATS