Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 tahun ini boleh dikatakan meriah diraikan oleh rakyat selepas hampir 2 tahun tiada sebarang perarakan diadakan disebabkan pandemik Covid-19.Abang bomba mencuri tumpuan
Malah, perarakan badan beruniform abang bomba berbadan sado itu paling mencuri perhatian netizen terutama di kalangan wanita sehingga video mereka tular hampir di semua platform media sosial.
Difahamkan, punca perarakan abang bomba menjadi tumpuan utama semasa Sambutan Hari Kebangsan itu adalah kerana karisma yang ditunjukkan selain dari tubuh badan yang sasa.
Komen nakal, ramai tak selesa
Walau bagaimanapun, setelah hampir seminggu menjadi bualan orang ramai, ternyata ada juga yang tak selesa dengan komen-komen nakal dan berbaur lucah di video-video abang bomba tersebut.
Rata-rata meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas membaca komen-komen yang ditulis kerana dianggap keterlaluan sebagai seorang wanita walaupun niat hanyalah sekadar untuk bergurau kepada abang-bomba tersebut.
“Paling kecewa, ada juga yang dah jadi isteri orang tapi bukan main lagi komen macam-macam.”
Tak kurang juga yang meminta agar kejadian ini tidak dijadikan perkara normal kerana isu gangguan seksual bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.
Sumber: Twitter