ibu hyper seks memilih kekasih dan meninggalkan anaknya kerana tidak boleh bercakap

UNCATEGORIZEDAnak 3 tahun speech delay, Cikgu siap ejek, “dah la tak boleh bercakap, hyper pulak tu..”Published 5 months ago on April 24, 2022By admin
ejek
Petang tadi saya tengok video cikgu bersedih,

Sebab anak dia umur 3 tahun, tak pandai bercakap, kategori speech delay.

Dia antar ke Taska, Taska call minta ambil balik, sebab tak boleh nak handle.

Dan interesting lagi, dia sendiri ajar sekolah anak anak special.

Saya nak share sikit kisah Rayyan ni, ceritanya agak sama.

Maybe tuan puan berdepan dengan kes sebegini,

Boleh ambil pengajaran, jangan cepat putus asa.

Masa dia umur 4 tahun, kami antar ke Taska, sebelum tu memang berkepit dengan Indonesian maid kat rumah.

Dan umur 4 tahun, dia masih tak boleh bercakap lagi,,, ok.

Masa mula mula kami antar kat Taska A kat area rumah saya ni,

Dia memang tak nak pergi, menangis..,

Dan kami keluarkan balik lepas seminggu dua.

Bila kami cakap dengan anak owner, yang jadi cikgu kat situ, dia siap ejek lagi…

Katanya “ dah la tak boleh bercakap, hyper pulak tu” hyper tu macam buasla, bahasa kampung.

Dan kami antar ke Taska B, jauh sikit dari rumah

Perubahan ketara, dia slowly boleh bercakap,

Dan dia memang tak ada masalah nak pergi ke Taska.

Infact, excited.

Kami tanya pengetua or owner Taska B tadi,

Macamana dia boleh berubah dengan ketara

Pengetua tu cakap, ada sorang cikgu muda yang selalu ajar dia, berkomunikasi, tanpa jemu.

Dan time dia pandai cakap tu,

Setiap kali kami lalu kat Taska A, kami tanya, kenapa dia tak suka kat Taska A tu

Rupanya dia kata dia dibu’li, kena m4rah, kena kurung dalam bilik, dia t4kut

Terk3jut jugak , mula mula tu,

Maybe ada kebenaran, sebab dia memang hyper active.

Ok balik pada speech delay tadi, kami memang ajar dia bercakap…

Kami pon realised, dia lambat, dan sebutan agak pelat.

Tapi keep ajar dan ajar, tanpa jemu.

Since dia hyper active, kami jugak pernah disuggest oleh cikgu sekolah dia masa umur 6 tahun untuk check up.

Kot kot ada min0r autism ke

Dan bila kami tanya seorang Dr Pakar kanak kanak yang merawat dia time demam.

Dr cakap, layan je macam budak normal.

Katanya lagi, kita semua kat kampung dulu, ada je simpt0m autism, ada yang buas tak ingat dunia, ada yang suka pusing tayar,

Very selective dengan food, macam macam la.

Tapi kita tak pernah bezakan, akhirnya semua jadi normal.

Oh lupa, kes delay bercakap ni, kami pernah tanya experience seorang sahabat yang ada anak ramai, katanya tak perlu nak risau

Dan anak dia pon ada, cakap lambat..

Tapi bila pandai cakap, macam emak nenek katanya…

Memang betul kata beliau, lepas pandai cakap,

Memang cakap banyak.

Since sekolah dia guna medium english, so boleh bercakap in dua bahasa.

Dan dulu suka makan nasik je tak nak lauk,

Sekarang ni, makan double dari saya, walopon kurus kering.

Dulu, memang haz4b gila dia nak makan…

Minum susu Pedisure sampai umur maximum 10 tahun.

Dan dulu memang hyper active

Sekarang dah besar, jadi budak yang teramat rajin

Balik sekolah, siram pokok, buang sampah, dari kecik lagi,

Rumah kami ni 3 tingkat, kalau kat tingkat 3, malas nak ambil air segelas,

Laju je dia volunteer

Tengok temgok, satu jag air dia bawak

Nak ajak pi masjid pon mudah,

Panggil je terus siap dengan jubah

Al Mulk dah hafal, Yaasin dah hafal, Al Kahf pon dah hafal….

So, apa nak lagi kan?

Academic dia biasa biasa je,

Tak la dapat nombor top 5 in class.

Ala, kita sendiri pon bukan semua bijak academic kan?

Be honest, saya pon setakat medi0cre level.

Dari sekolah rendah, menengah tak pernah menyerlah

Kat University, tak pernah pon dapat sijil dekan.. haha.

Tapi, rezeki Allah, umur 35 tahun dulu, saya dah berada dalam lifestyle semi retire.

Kawan kawan yang smart masa study dulu, ramai kena retr3nch masa ni.

Kalau tuan puan baru kenal work from home

Saya umur 20an, dah start keja dari rumah,

Mula buat sales unit trust, hingga sekarang, kat rumah je….,

Btw, kalau ada kes sebegini, tuan puan jangan nak putus asa

Dan jangan nak sedih sedih,

Follow je the flow, ajar anak anak tuan puan lagi aggresive..,,

Academic tak cemerlang, bukan penentu kejayaan masa hadapan

Percaturan Allah tu sempurna..

Anak kita tak straight A tak apa, bukan semua nak jadi D0ctor

Anak kita tak petah bercakap, don’t worry, bukan semua nak jadi lawyer.

Anak kita tak terer bab analyst , jangan panik, bukan semua nak jadi CEO syarikat.

Dan tuan puan realised tak, dalam satu family,

Maybe ada yang yang tak pernah masuk asrama,

Dan yang tak pernah masuk asrama tu la yang jadi peneman emak ayah kita susah senang

Dan dalam family, maybe ada yang tak bersekolah tinggi

Dan yang tak sekolah tinggi tu lah, yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga emak ayah kita sakit.

Moral of the story, jangan bezakan anak-anak kita

Dan jangan compare each other..

Takut yang kita rate the worst tu, yang layak jadi champion membantu kita.

Pic, budak hyper active package speech delay, tolong umi dia grill seafood sebelum berbuka Puasa.

Bab Kerajinan, 5 ⭐️.

ejek
Gambar : Shaari Anuar II

Tulisan hebat daripada : Shaari Anuar II
LihatTutupKomentar

HISTATS