Video Warga Emas Bercumbu Dalam Kereta, Rani Kulup Mengecam Perbuatan Mereka


Tular video sebelum ini aksi kurang sopan antara sepasang suami isteri berlaku sedemikian rupa.


Tidak seharusnya mereka yang sudah pun berusia menunjukkan contoh yang tidak elok kepada golongan muda.



Sebagai seorang yang sudah berumur, membawa perwatakan ‘lebai’ dengan kopiah di atas kepala, adalah tidak masuk akal untuk merakam aksi bercumbuan dalam kereta sehingga menjadi tular.


Tambahan pula, dalam video berdurasi 2.22 minit itu, didapati seorang kanak-kanak berada di bangku belakang kereta tersebut dalam keadaan terpaku seperti tidak mengerti apa yang berlaku di hadapannya.


Selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah ketika dihubungi menggesa agar mana-mana pihak tidak mencontohi perlakuan sumbang tersebut.


Beliau turut menggesa agar semua pihak berhenti menyebarkan video tersebut kerana risau memberi kesan yang negatif kepada penonton, terutama golongan kanak-kanak.

“Dah tua kan, sedarlah diri itu, janganlah buat benda tak senonoh macam itu. Bulan puasa pula itu,” katanya kepada MalaysiaGazette.


Di laman-laman sosial juga, netizen turut mengecam perbuatan dua warga emas tersebut yang turut berimej Islam itu.


“Tak padan dengan lebai, tudung. Orang tua zaman sekarang dah terbalik,” kata salah seorang pengguna Facebook. – MalaysiaGazette
LihatTutupKomentar

HISTATS