Lep̷as 12 t̷ahun kahwin dan ber̷anak pin̷ak, b̷aru tahu aku an̷ak har̷am. Nik̷ah difaraqkan seke̷lip m̷ata aku hil̷ang suami dan an̷ak2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku Ayla, sudah berkahwin dan mempunyai anak anak. Umur aku awal 30an. Aku pernah buat silap ketika zaman remaja aku. Akibat dari tu aku mempunyai anak luar nikah.

Ya aku bukan anak yang baik. Aku sedar. Aku jalani hidup aku seadanya.


Aku terima saat aku dibuang dihantar jauh. Bertahun tahun. Aku terima. Aku tak salahkan sesiapa. Salah aku. Aku yang memilih sendri.

Saat aku dicampak jauh, suami aku yang sekaranglah yang menerima aku. Dia menerima aku seadanya.


Dia jaga aku dari aku belum melahirkan lagi (dia bukan ayah kepada anak aku). Sampai sekarang dia tak pernah bezakan anak aku.

Cukuplah salam perkenalan dari aku.

Apa yang aku nak ceritakan dekat sini adalah. Bila kau dah menerima seadanya hidup kau.

Kau terima salah yang kau dah buat. Kau terima layanan dan pandangan buruk orang pada kau. Sebab apa. Sebab kau tau yang buat salah tu kau.

Tapi semuanya berubah sekelip mata bila kau tahu orang yang buang kau, yang hantar kau jauh jauh, yang malu dengan salah yang kau dah buat, pun melakukan hal yang sama dan lebih teruk lagi.

Mehh aku terangkan. Rumah tangga mana yang tak diuji. Selama 12 tahun macam macam aku lalui. Tapi tak sehebat yang ini.

Aku ditunjukkan dengan satu persatu rahsia. Hakikat yang aku anak luar nikah terbongkar.

Ya. Aku anak luar nikah. Haha. Aku tak tau rasa apa yang patut aku tunjukkan. Marah. Kelakar. sakit hati. Semua ada.

Yang paling buat aku rasa berderai pernikahan aku selama 12 tahun difaraqkan (dibubarkan kerana tidak sah nikah) kenapa tidak sah nikah?

Kerana aku berwakil walikan pak sedangkan aku sepatutnya berwakil walikan hakim. Lagi pula nama aku dalam ic dan surat beranak berbintikan pak. Jadi memang aku tak syak apa apa.

Jadi korang rasa apa yang aku patut rasa masa tu. 12 tahun pernikahan aku dibubarkan sekelip mata. Jadi orang asing.


Kata mudahnye ibarat kau berziina 12 tahun ni. Suami aku? Tak. Dia tak memaki hamun aku.

Sepertimana dia menerima aku pada permulaan dulu begitu juga dia menerima tentang perkara ni. Cuma dia hancur.

Sekelip mata hilang gelaran suami, hilang gelaran ayah. Katanya bukan dia tak sayangkan aku tapi kerana orang tua aku.

Aku faham. Semenjak dia jadi suami aku amat payah diri dia nak diterima masuk dalam keluarga. Macam macam yang mak duk kata dekat dia. Tapi dia tetap cuba ambik hati.

Bila jadi camni dia rasa selama ni kau tak terima aku dalam keluarga kau macam kau tak pernah buat silap tapi rupanya bila pekung kau terbuka kau lagi teruk dari aku.

Aku ni yang terima anak kau, yang jaga anak kau, terima cucu kau walau bukan anak aku tapi kau tak pernah nampak tu kau tak pernçah hargai aku apatah lagi nak ucap terima kasih.

Sekarang, ini pula kau bagi pada aku (macamtula yang suami aku rasa) dan cakap dekat aku sebelum dia keluar dari rumah.

Sekarang kes aku dah dirujuk ke pejabat agama dan naik ke mahkamah tinggi syariah.

Dah genap setahun aku lalui semua ni sorang. Naik turun mahkamah sorang. Tak selesai selagi mak tak hadir bagi keterangan.

Dorang pula tak nak hadir, tak nak ambik tau sebab katanya tak ada yang salah dulu dulu boleh saja. Katanya aku yang memperbesarkan perkara. Maka tersisihla aku dari keluarga.

Usaha?

Bukan aku tak usaha aku cari saudara yang boleh membantu kes aku jadi saksi aku tapi semuanya berjanji sampai masa bayang pun tak ada.

Aku letih berharap. Aku penat mengemis minta tolong. Besarnye pangkat mak pak tu sampai susah nak akui silap sendiri.


Bila masa aku yang yang buat silap kau tolak aku jauh jauh, aku lah yang terpaling jahat. Tapi bila salah kau pula yang terbuka rupanya kau pun sama macam aku tapi sekurangnya kau bukan anak haram. Tapi aku. Aku nak haram kau yang sekarang hidup aku dah tak ada apa apa.

Sekelip mata aku hilang keluarga, aku hilang tempat aku bergantung. Kau ada ambik tau? ada kau tanya cucu cucu kau macamana? paling sedih ada kau tanya anak haram kau ni ok ke tidak. Tak ada kau tak pernah tanya, kau penting diri, kau ego kau tetap rasa aku yang salah.

Sampai bila kau nak hukum aku atas dosa dosa kau. Proses mahkamah tak kan selesai kalau kau tak hadir. Sedangkan aku dah setahun hidup dengan anak anak tanpa suami. Egonya kau. Kau pernah terlanjur macam aku sebab tu adanya aku sebagai anak haram kau.

Tapi sekurang kurangnya keluarga pak terima kau baik. Tapi aku, kau campak sedangkan kau pernah lalui apa yang aku lalui patut kau lebih rasa apa yang aku rasa. Lagi satu walaupun kau ada anak haram iaitu aku tapi kau diri kau sendiri bukan anak haram.

Sedangkan aku diri aku sendiri anak haram dan aku juga buat silap macam kau. Kau pernah terpikir tak apa aku rasa lalui semua ni sorang sorang. Kau pernah terfikir aku ok ke tak. Tak pernah.

Suami aku keluar dari rumah, aku tunggu kau datang mak, pak jenguk aku tanya aku ok ke tak tapi korang tak pernah datang malah makin menjauh.

Jangankan nak akui silap tapi kau ungkit segala salah aku. Bukan senang aku nak hidup dengan anak anak nak bangun bangkit dengan setiap kisah perit hidup aku. Aku kena pikul kena tanggung akibat dari kesalahan yang aku tak buat.

Bukan aku saja. Bekas suami aku, anak anak aku turut sama menanggung. Aku. Hanya aku sorang. Mana aku dapat kekuatan?

Entahh aku tak kuat pun. Aku hanya menjalani hidup. Anak luar nikah tu tak minta nak dilahirkan begitu, tak hina pun tapi manusia sekeliling membuatkan diri anak luar nikah itu rasa terhina.

Betul, salah ke betul mak tetap mak tak ada kata anak terasa hati dengan mak. Tapi maaf aku masih tak sekuat itu untuk menerima dan memaafkan. Sangat berat untuk aku.

Doakan aku kuat doakan aku terus berada dilandasan yang betul. Kalau kira hilang pedoman aku berkali kali terasa nak bnuh diri.

Rasa malu yang kau bagi pada aku lebih hebat dari malu yang aku beri pada korang. Diusia aku yang macam ni dengan ada anak anak aku kena hadap ulah dari perbuatan korang.

Akhirnya aku yang menanggung semua sendiri. Menanggung akibat dari salah orang lain. Jangan pandang remeh hukum tuhan.

Jangan rasa dulu boleh sekarang tak boleh. Hukum Tuhan tetap hukum Tuhan. Aku punya bukti yang yakin kuat dan mahkamah juga menyatakan apa yang terjadi ini adalah salah jadi siapa kau mak pak yang masih nak kata betul.

Maaf kalau yang membaca rasa aku keterlaluan. Aku akui aku keterlaluan marah, sakit hati, kecewa, sedih, benci. Maaf aku hanya meluah. Penulisan aku ini yang boleh diambik sebagai iktibar ambik lah yang tak elok korang baca diam diam jela.

Jangan malu punya anak luar nikah. Takdir hidup kau sudah tertulis kau tak boleh memilih menukar takdir hidup. Akui kesilapan yang paling penting tak kiralah kau ibu bapa atau kau anak.

Anak luar nikah, Ayla

Antara komen netizn :
Netizen 1 : Awak carilh sesiapa yg layak ,ceritakn masalah dan akad nikah semula, walau tdk diiktiraf undang² dunia, tp yg penting sah disisi agama..tp klu bolh buat yg sah dua², dlm hukum agama dn undang² negara pun lbh baik ..Abaikn mak awk tu dik..serah pd Allah sj… Org yg paling buruk perangai dlm dunia ini, ialh bila bodoh tp tak mahu belajar..awk jaga dn didik ank² baik², jngn sampai mewarisi sikp buruk laku mcm tu..

Netizen 2 : Kamu org yg terpilih bersabarlah dgn semua dugaan ini ada hikmah dihujugnya nanti. Kuatkan semangat berdoalah muga selesai
Masalah ni. Saya medoakan agar kamu kuat Dan tabah

Netizen 3 : Awak suami isteri x bersalah. Nk tunggu mak pak bagi keterangan kat mahkamah mmg susahlah. Boleh je kahwin semula. Kan tuhan tu maha pengampun dan maha mengasihi…so kuat kan semangat n move on.

Kredit : kisah rakyat | edisimaya

#Iklan: Sertai Group Yang Ditaja–> Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

LihatTutupKomentar

HISTATS