Sebuah masjid di bandar Narayanganj, Bangladesh, meletup ketika solat berjemaah pada hari Jumaat, 4 September, petang. Kemalangan berlaku akibat letupan AC masjid. Sekurang-kurangnya 20 orang maut, termasuk muazin, imam masjid, serta kanak-kanak berumur tujuh tahun. Manakala mangsa cedera dirawat di Institut Kebangsaan Sheikh Hasina
Pembakaran dan Pembedahan Plastik di Ibu Kota Dhaka. Menurut agensi berita Anadolu, pegawai dari Perkhidmatan Bomba K3bakaran dan Pertahanan Awam Bangladesh, Ershad Hossain, mengesahkan jumlah kematian. Mangsa yang cedera melecur teruk akibat letupan itu. Menurut timbalan penolong pengarah Perkhidmatan Bomba dan Perkhidmatan Pertahanan Awam Bangladesh, Anayet Hossain, mangsa yang berada dalam keadaan kritikal, melecur di bahagian kerongkong.
Sumber: bikinseru
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya…Terima Kasih.