SEORANG ibu tergamak merakam video sambil memukul bayinya sendiri sebelum dimuat naik ke media sosial semata-mata kerana tidak mendapat nafkah batin daripada suaminya.
RAKAMAN VIDEO TULAR DI BAWAH SEKALI
Bayi berusia setahun itu hanya mampu menangis menahan kesakitan ketika menjadi mangsa pukulan ibunya sendiri.
Menurut maklumat, wanita itu berbuat demikian kerana berang dengan suaminya yang enggan memberi nafkah zahir dan batin.
Malah, wanita berusia 24 tahun itu memuat naik video berkenaan dengan tujuan untuk mendapat respons daripada suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Lampung Utara, Eko Rendi Oktama mengesahkan kejadian itu.
“Wanita itu telah ditahan kerana mendera anaknya. Siasatan lanjut berkenaan kes sedang dijalankan,” katanya. —