Remaja 17 tahun iaitu Albar Mahdi maut kerana menjadi mangsa buli di pondok Pesantren Moedern Darussalam Gontor Ponorogo, Jawa Timur Indonesia.
Menurut ibunya, kain kafan anaknya terpaksa ditukar dua kali akibat kesan kecederaan buli tersebut telah mengeluarkan darah yang banyak.
Ekoran daripada itu, pihak keluarga mangsa membuat laporan polis dan tujuh orang pelajar pondok telah ditahan polis dan disyaki berkait dengan kematian mangsa.
Pihak madrasah turut memohon maaf atas insiden tersebut dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Tujuh pelajar yang merupakan suspek pembuli Albar Mahdi telah dibuang sekolah serta-merta dan di bawa pulang ke rumah masing-masing.
Menurut ibu mangsa, Soimah. Beliau berharap suspek pembunuh anaknya agar segera dapat ditangkap kerana terlalu zalim menganiaya anaknya sehingga mati. Walaubagaiamanapun, siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.