innalihiwainnailaihirojiun, yaallah Datuk M Daud, sedih sangat mendengarnya, ya Allah

Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini malam tadi selepas mengadu sesak nafas. Penyanyi berusia 84 tahun itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. Menurut isteri penyanyi itu, Datin Rohani Awang Ngah, 62, suaminya mengadu sesak nafas sejak malam tadi, lalu ahli keluarganya hubungi klinik berhampiran dan membawa penyanyi itu ke HTI menaiki ambulans.

“Doktor mengesahkan Datuk mengalami masalah paru-paru berair. “Keadaannya agak lemah, tidak begitu stabil dan belum boleh bercakap,” katanya di sini hari ini. Daud Kilau menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas dan beliau lebih banyak berbaring di rumah.

Ahad lalu, walaupun keadaan kesihatannya kurang baik, Daud Kilau tetap hadir menyaksi dan memeriahkan pertandingan akhir Pencarian Bintang M. Daud Kilau yang di Dataran Menara Condong di sini. terdahulu,  Keadaan kesihatan penyanyi jolokan Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau, 82, semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sirih Pinang itu mempunyai kencing manis, jantung dan kini, kurang pendengaran. Beliau juga sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang. “Saya doakan peminat panjang umur dan murah rezeki. Doakan juga saya cepat sembuh. Jika tak baik, tidak apa. “Kalau saya ‘pergi’, doakan saya selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah,” katanya menitipkan pesanan buat peminat.

M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau berkata, dia tidak lagi dapat memenuhi undangan persembahan sejak sakit. “Nak berjalan pun sudah tidak larat dan solat atas bangku. “Saya kini bergantung dengan ubat. Saya kena melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk tiga bulan sekali. Saya banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat,”.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Bharian via Info.Rentasasia

LihatTutupKomentar

HISTATS