Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Peribahasa tersebut sangat sesuai dengan situasi yang dihadapi dua orang adik-beradik ini apabila hidup di bawah jmbatan setelah bapanya berkahwin lain.
Dua pemuda duduk bawah jmbatan
Menerusi perk0ngsian yang dibuat oleh seorang pengguna Faceb0ok dikenali sebagai Raja Anita Raja Mukhtar, dia telah memuat naik kisah dua orang pemuda berusia 27 dan 25 tahun yang memilih hidup berdikari apabila bapanya bernikah lain setelah pmergian ibu tersayang.
Ditanya sama ada mahu tinggal di tempat yang lebih selesa, si adik menjawab yang mereka sudah cukup bersyukur andai diberi tempat untuk berteduh walaupun kecil sahaja.
Dia juga sempat bercerita panjang lebar sehingga pengguna Faceb0ok itu berasa sebak. Melihat daripada keadaan mereka, difahamkan si abang mengalami sedikit tekanan lebih-lebih lagi dengan masaIah yang mereka hadapi.
Difahamkan, mereka sebenarnya mempunya 5 orang adik-beradik dan ada di antara mereka mengikut bapanya. Namun, disebabkan mereka berdua sudah dewasa, dua beradik ini memilih untuk tinggal di bawah jmbatan sejak beberapa bulan lalu disamping terus bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Menjengah ke ruangan k0men, kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib mereka kerana tahu hidup susah itu bukan mudah.
Walaupun ada yang mempersoaIkan tentang fizikal mereka yang masih muda dan boleh bekerja, namun ramai menduga pergerakannya terbatas memandangkan abangnya berada dalam keadaan kurang sihat dan perlukan pemerhatian.
Sumber: Faceb0ok Raja Anita Raja Mukhtar, OMM