Isteri Tengah Pantang, Suami Diam-Diam Jumpa Bekas Kekasih Sampai Terhamil

Seorang wanita menerusi luahannya di Twitter berkongsi kisah rumah tangganya yang hancur dek kerana orang ketiga. Lebih meruntun hati apabila mengetahui si suami kembali bersama dengan bekas teman wanita ketika dia sedang berpantang.



Suami ‘getback’ dengan ex

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian TwtWedding, si isteri pernah menghubungi bekas kekasih suaminya itu, namun wanita terbabit mengatakan dia tidak mahu kembali semula dengan lelaki tersebut kerana sudah memiliki teman lelaki.

Suami saya getback (kembali) balik dengan ex dia masa saya dalam pantang. Saya pernah text ex dia tapi ex dia kata dekat saya yang dia tak mahu getback balik dengan suami saya sebab dia dah ada teman lelaki.


Tapi rupanya dia putus dengan kekasih dia dan getback dengan suami saya.

Ujarnya lagi, dia sudah tidak rasa apa-apa dan berputus asa untuk mempertahankan rumah tangganya. Malah, dia turut meminta lelaki berkenaan untuk menceraikannya, namun si suami tidak mahu dengan alasan masih sayang lagi.

Hati saya dah tiada rasa dan saya cuma go on sebab anak. Saya sudah tak kisah dan ambil peduli even satu dunia restu mereka berdua pun saya dah tak kisah langsung.

Bekas kekasih suami hamil

Sekadar gambar hiasan

Alangkah remuknya hati seorang isteri apabila mendapat tahu bahawa bekas kekasih suaminya itu sedang berbadan dua. Si isteri tidak tahu status suaminya bersama wanita terbabit sama ada mereka sudah berkahwin atau anak yang dikandungkan itu adalah anak luar nikah.

Perempuan tu tengah pregnant. Jatuh terduduk i bila tahu. Maybe i diperbodohkan (dimadukan dalam diam) atau anak itu anak luar nikah.

Dalam pada itu, wanita berkenaan meminta warganet mendoakan agar dia kuat untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang dan dimurahkan rezeki.

Salah ke kalau saya tak maafkan mereka berdua? Saya pernah maafkan dan ikhlaskan tapi makin lama makin melampau pula dan saya decide tak nak maafkan.

Sumber : twtmalaywedding
LihatTutupKomentar

HISTATS