Penyanyi veteran Salamiah Hassan diduga apabila suami tercinta, Gerry Hughes, 68, meninggal dunia, pada pagi Jumaat.
Artikel Berkaitan: Salamiah Hassan Kembali Bergelar Isteri Selepas 36 Tahun Hidup Solo
Pemergian yang mengejutkan
Berita sedih itu disahkan anaknya yang juga penyanyi Atilia Haron, hari ini, di Instagram (IG).
Penyanyi berumur 48 tahun itu turut memohon agar diberi ruang kepada mereka sekeluarga.
Belum tahu punca kematian
Dalam pada itu, pemilik nama Raja Putri Atilia Raja Haron tidak dapat berkongsi punca kematian Allahyarham kerana masih menunggu perkembangan daripada ibunya.
Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami. Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan.
Terdahulu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Gelombang dan Menghitung Hari itu melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.
Salamiah dan Hughes yang juga kenalannya sejak 15 tahun lalu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.
Salamiah yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak kira-kira 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz sejak 1986.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Allahyarham Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
Sumber: Instagram @atiliaharon & Harian Metro