Treler, lori kontena dan SUV bertembung di KM147, LPT

MARAN: Seorang lelaki cedera manakala dua lagi selamat dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kenderaan berat dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 147.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, pagi tadi.
Advertisement


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.59 pagi berhubung kemalangan tersebut.


Menurutnya, operasi dengan menggunakan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran telah bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah jentera C1-30.


Ads by Kiosked
“Sebaik tiba di lokasi anggota bomba mendapati terdapat tiga buah kenderaan iaitu sebuah treler, lori kontena dan kenderaan MPV terlibat dalam kemalangan. 

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan dikatakan berpunca daripada lori treler yang membawa muatan bijih timah datang dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur terbabas hingga memasuki ke laluan bertentangan.

“Dipercayai treler berkenaan kemudiannya telah merempuh lori kontena membawa muatan siling kapur dan dibelakangnya terdapat sebuah Honda CRV yang tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Zulfadli berkata, susulan daripada rempuhan yang berlaku itu menyebabkan seorang mangsa cedera manakala dua lagi disahkan selamat.


Ads by Kiosked
“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 
LihatTutupKomentar

HISTATS