“Mana maruah saya sebagai lelaki?” – Hasnol dan isteri sah bercer4i selepas 10 tahun kahwin

PENYANYI Hasnol mended4hkan punca sebenar percer4iannya dengan bekas isteri, Marina Mohin adalah disebabkan mas4lah kewangan yang dihadapinya sejak sekian lama.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 52, berkata, disebabkan perkara itu juga perkahwinan mereka mula goyah sehingga tiada lagi persefahaman di antara mereka dan membawa kepada perceraian.

“Saya mengakui sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Tidak dinafikan keadaannya (Marina) lebih stabil berbanding diri saya… mana maruah saya sebagai lelaki kalau saya tidak dapat menanggung segala-galanya?



Marina kelihatan sugul ketika hadir ke mahkamah bagi sebutan k3s percer4iannya.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Hasnol melafazkan cer4i talak satu terhadap Marina, 52, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim pada pukul 12.18 tengah hari, Khamis.

Lafaz itu dibuat penyanyi Laguku Untukmu itu di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi.

Sementara itu, Hasnol berkata, dia turut memberikan hak penjagaan anak perempuan mereka kepada Marina dan berharap mampu mencari pendapatan tetap selepas ini.

“Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap.



Hasnol turut meyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada Marina.

“Insya Allah, jika dibuka pintu rezeki semula, saya akan bertanggungjawab bukan hanya anak saya bersama Marina tetapi anak-anak yang lain dengan bekas isteri pertama,” katanya yang akur dengan percer4ian tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama perkahwinan pasangan ini berg0lak sejak berkahwin pada 2010 malah pada 2015 rumah tangga mereka pernah berant4kan namun mas4lah itu diselesaikan secara baik.

Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Manakala Marina turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zafirah, 28, Ilya Zulaikha, 27 dan Muhammad Aliff Imran, 22, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.mstar.com.my/
LihatTutupKomentar

HISTATS