PORT DICKSON – Seorang jurutera komputer m4ut dan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) parah selepas terlibat nahas dengan dua kenderaan lain di Jalan Ambang Kota, Lukut di sini petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Walid Sharudin, 47, menunggang motosikal jenis NMS400K maut di lokasi kejadian akib4t keced3raan di kepala.
“Pembonceng motosikal iaitu seorang wanita yang merupakan pelajar UPM berusia 30 tahun cedera parah.
“Kejadian jam 4.15 petang itu berlaku membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, Perodua Myvi dan Perodua Alza,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas beliau, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang bergerak dari Site C, Tanah Merah menghala ke Lukut.
“Apabila sampai di tempat kejadian semasa kereta Perodua Myvi sedang berhenti di petak kanan untuk masuk ke simpang kanan tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Alza.
Selepas pelanggaran tersebut, kereta Perodua Alza itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan secara melintang lalu dilanggar sebuah motosikal dinaiki mangsa yang sedang bergerak terus dari arah Lukut.
“Akibat kemal4ngan, mangsa penunggang motosikal yang merupakan jurutera komputer m4ut di lokasi kejadian manakala pembonceng motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sama-sama kita pnjatkan doa semoga ALLAH mengamp.uni akan segala d0sanya, mencucu.ri rahmat ke atas r0hnya serta ditempatkan di kalangan r0h orang-orang yang beriman. Aamiin.
Sumber: wowberita
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.