Kuala Krai: Seorang lelaki m4ti lem4s selepas menyelamatkan dua kanak-kanak yang tergelincir ketika mandi di Air Terjun Lata Kertas, Dabong di sini.
Difahamkan dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, Mohd Johari Mohd Rozali, 36, sedang mandi sebelum dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan tahun tergelincir di atas batu dan terjatuh lalu berpaut pada m4ngsa.
Dalam keadaan kelam kabut, orang awam yang berada di kawasan perkelahan itu menyelamatkan kedua kanak-kanak berkenaan.
Dalam masa sama m4ngsa dilihat terkapai-kapai dan lemas sebelum bapa salah seorang kanak-kanak itu menariknya naik dan memberikan bantuan pern4fasan (CPR).
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Farizal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian 19 minit kemudian.
Katanya, seramai enam pegawai dan anggota termasuk Pasukan Bomba Bantuan dari BBP Dabong bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, kami mengambil alih untuk memberikan CPR kepada m4ngsa, namun disahkan men1nggal dunia oleh pegawai perubatan h0spital yang hadir untuk pemeriksaan.
M4yat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan lanjut.
Operasi berakhir pada jam 11.15 pagi,katanya ketika dihubungi, semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan yang amat berat ini perginya sebagai seorang Hero.Al fatihah.