2 gadis berbogel maut dalam kemalangan tragis, putus tangan, buah dada berselerak

Jitra: Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut manakala seorang parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Jalan Sintok-UUM di sini kira-kira pukul 7 pagi Isnin.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Deputi Supritendan, Ibrahim Mohd Yusuf berkata, kemalangan itu berlaku semasa tiga penuntut itu dalam perjalanan dari UUM menuju ke Hotel EDC-UUM untuk menghantar rakan mereka membuat latihan praktikal disitu.


"Semasa kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil sedang berhenti di persimpangan untuk membelok ke Hotel EDC-UUM.


"Sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan melanggar kereta mereka, menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
INFO PENTING!

Mangsa yang maut ialah Lim Hsiao Pei, 23, dan Teh Chiew Sien, 23, manakala rakan mereka yang cedera ialah Lim Seow Chin, 23.

"Kedua-dua mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkuk. Pemandu kereta Proton Waja turut cedera dan dirawat di Hospital Jitra," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra manakala rakan mangsa yang cedera kinidirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.

Ibrahim berkata, mayat Hsio Pei telah dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke Sungai Petani manakala mayat Teh juga telah dituntut keluarganya dan dibawa ke Pulau Pinang. - BERNAMA


2 siswi UUM terbunuh




Ketika kejadian, tiga sahabat berkenaan menaiki Perodua Kancil yang dipandu Chiew Sian dalam perjalanan menghantar Siew Chin ke kelas.


Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Kancil berkenaan dirempuh sebuah Proton Waja dari arah bertentangan.


Chiew San dan Hsiao Pei yang duduk di bahagian depan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan leher, manakala Siew Chin yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Jitra (HJ), di sini.


Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bukit Kayu Hitam mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Tinjauan Harian Metro di Rumah Mayat HJ semalam, ibu Chiew Sian, Tan Ah Chu, 47, yang terkejut sebaik dimaklumkan anak perempuannya meninggal dunia, tiba-tiba mengalami kekejangan badan dan terpaksa dihantar ke unit kecemasan sebelum dimasukkan ke wad HJ untuk menerima rawatan.


Chang Woke berkata, mereka sekeluarga terkilan kerana anak ketiga daripada lima beradik itu tidak sempat menunaikan hasratnya untuk menamatkan pengajian dan membantu ibu bapa.


“Setahu saya, Chiew San cermat ketika memandu dan biasanya dia memandu perlahan. Jika mahu memandu jauh, dia meminta bantuan teman lelakinya (Chew Beng Lang, 23,) kerana dia takut memandu jauh.

“Saya terkejut apabila diberitahu adik saya terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HJ di sini, semalam.


Bapa mereka, Teh Soong King, 49, berkata, anak perempuannya itu sangat rapat dengan ibunya dan dia kerap menghubungi untuk bertanya khabar keluarganya.


Katanya, mayat anaknya dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Bertam Indah, Pulau Pinang selepas dibedah siasat dan dibakar di sebuah Wat Siam di Bukit Mertajam.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, siasatan mendapati Perodua Kancil dinaiki tiga penuntut itu mahu membelok ke simpang masuk hotel berkenaan dan ketika itu sebuah Proton Waja dari arah Changlun ke UUM gagal mengelak sebelum merempuh kereta mereka.


Akibat rempuhan itu, dua mangsa yang duduk di hadapan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk dan parah di kepala serta leher.


Pemandu Proton Waja berusia 33 tahun yang juga pengawal keselamatan di UUM itu hanya cedera ringan.


“Dia sudah membuat laporan mengenai kemalangan itu sejurus kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian dan setakat ini kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
LihatTutupKomentar

HISTATS