Pilu, Pelajar UiTM Kedah maut dipercayai akibat tekanan pembelajaran

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meninggal dunia selepas pembuluh darahnya pecah dipercayai akibat tekanan pembelajaran.Mangsa berusia 22 tahun yang mengambil jurusan dalam bidang pengurusan dan perniagaan itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kira-kira pukul 2.50 petang semalam.







Penuntut terbabit sebelum itu dikatakan mengalami sakit kepala yang teruk dan muntah sebelum tidak sedarkan diri di rumah yang disewa bersama rakannya.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa Nur Natasya Ezreen.

Rata-rata memahami akan kesukarakan belajar secara atas talian dengan tugasan-tugasan universiti yang bertimbun sehingga terpaksa berjaga malam untuk menyiapkannya.





Source: wowberita.my
LihatTutupKomentar

HISTATS