Setiap pasangan suami isteri pastinya mengharapkan supaya rumah tangga yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun, siapalah kita untuk merancang tentang jangka hayat jodoh kita kerana ia sudah ditentukan oleh Maha Pencipta.
Berpisah diusia muda
Siapa sangka, mahligai bahagia yang dibina pada usia yang sangat muda rupanya tidak bertahan lama apabila salah satu pihak sudah tidak sanggup untuk mempertahankannya.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang ibu muda apabila berpisah dengan bekas suami pada usia 22 tahun dengan dikurniakan seorang cahaya mata.
Tak sempat salam bekas suami
Dalam salah satu video yang dikongsikan, pengguna TikTok dikenali sebagai @izzahrahimofficial411 itu meluahkan rasa ralat kepada bekas suami kerana tidak sempat untuk bersalaman denganya buat kali yang terakhir sebelum lafaz talak dibacakan.
Difahamkan, lelaki itu seakan mahu segera melafazkan talak walaupun hakim memberi ruang untuk mereka.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah
Namun begitu, ibu muda tersebut reda dengan penceraian yang berlaku dan berazam mahu bangkit serta memulakan kembali kehidupannya dengan anak tersayang.
Disebalik kekusutan yang menimpa, wanita itu meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki pekerjaan tetap diwaktu dia benar-benar berharap.
Time rasa ‘down’ tengoklah anak tu sis
Sehubungan dengan perkongsian duka @izzahrahimofficial0411, ramai yang meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat untuknya kembali bangkit dan melupakan episod sedih yang dilalui itu.
Ada juga diantara mereka berkongsi pengalaman sama sewaktu bercerai dengan bekas pasangan dan menjadikan ikhtibar dalam kehidupan kedepannya.
Sumber: TikTok @izzahrahimofficial0411