Guru M4ut, Dua Adik Par4h Kemal4ngan Mahu Rai Pengantin Baru

Setiu: Kegembiraan sebuah keluarga besar meraikan sepasang pengantin baru berakhir tragis apabila seorang daripada mereka meningg4l dunia manakala dua lagi par4h dalam kemal4ngan di Jalan Telaga Papan, di sini, pada 6 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa yang juga seorang guru, Nurul Salikin Abdul Aziz, 25, meningg4l dunia ketika menerima raw4tan kecemasan, Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila m4ngsa yang memandu kereta Honda City bersama dua adiknya dalam perjal4nan dari rumah mereka di Chalok Kedai menghala ke Pantai Penarik Rhu 10 untuk mengambil gambar bersama pengantin dan keluarga.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kereta sebelum terbabas dan terlanggar tunggul pokok di sebelah kanan jal4n menyebabkan kereta itu terbak4r.

“Ketiga-tiga m4ngsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum api merebak dan mereka dihantar ke Hospital Setiu,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Afandi berkata, dua lagi penumpang par4h adalah Siti Nur Ummi Nabihah Abdul Aziz, 19, serta Nur Qaseh Balqis, 10.

Beliau berkata, kes disi4sat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika memandu pada musim hujan dan tidak memandu dalam keadaan mengantuk serta terlalu laju di jalan lurus.

sumber: https://wowberita.my/ via toptennew

LihatTutupKomentar

HISTATS