Belum Semp.AtJawab Kertas SPM, Adik Nurul Hafizatul Syuhada Ma.UtKem.Alangan 500m Dari Sekolah


Bagan Serai : Seorang pelajar perempuan m4ut manakala rakannya parah dalam nahas membabitkan dua motosikal di Jalan Kubu Gajah, Semanggol di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu, mangsa, Nurul Hafizatul Syuhada Zinun, 17, disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Mendapat perkhabaran pelajar dari SMK Gunung Semanggol terlibat dalam kem4langan sewaktu pulang dari kelas tambahan.

Kejadian yang melibatkan dua buah motosikal tersebut berlaku sekitar jam 2 petang lebih kurang 500 meter dari sekolah, berhampiran peniaga burger.

Menurut sumber, tidak dapat dipastikan bagaimana kejadian berlaku tetapi kemalangan hanya melibatkan dua buah motor yang ditunggang oleh pelajar tingkatan lima dan sebuah motor lagi ditunggang oleh pelajar tingkatan 3.

Akibat kejadian tersebut pelajar tingkatan lima Nurul Hafizatul Shuhada meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Nurul Fasha Qistina dilaporkan kritikal serta dihantar ke hospital.

2 pelajar tingkatan 3 yang menunggang motor lain turut cedera. Seorang dibawa ke hospital manakala seorang lagi pulang ke rumah bersama penjaga.

Takziah diucapkan kepada semua yang terlibat dan menasihatkan waris agar bersabar menerima ujian dihadapi.

Waris kepada mangsa yang meninggal dunia bolehlah hadir ke pejabat Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol bagi tuntutan khairat kematian berjumlah RM500 dari pihak YB.

YB turut menasihatkan agar para pelajar yang menaiki kenderaan ke sekolah untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan ketika memandu kenderaan.

Artinya : “Ya Allah, ampunilah dia (mayit perempuan tunggal itu), belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.” -ADUN Gunung Semanggol.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, laporan awal kem4langan melibatkan dua motosikal jenis SM Sport dan Demak Spark yang dinaiki empat remaja perempuan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan dari arah yang sama iaitu Semanggol menuju ke Kubu Gajah.

Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kenderaan m4ngsa bersama rakannya berusia 17 tahun telah mengubah haluan dari kiri ke kanan untuk memasuki simpang.

Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki dua remaja masing-masing berusia 15 tahun yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar menyebabkan kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas, katanya di sini.

Mazuki berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan m4ut manakala pemboncengnya yang mengalami kecederaan p4rah telah dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

LihatTutupKomentar

HISTATS