Baru Sahaja Bergelar Isteri, Terima Cincin Berlian. Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar Suami Wany Hasrita

Dengan dua kali lafaz penyanyi Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi dalam majlis yang berlangsung pada malam Jumaat.

Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.

Terdahulu, Wany berkongsi berita gembira dia bakal mendirikn rumah tangga dlam satu hantaran di Instagram pada lewat petang jumaat.

Wany sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumah tangga namun merahsiakan hal tersebut termasuk identiti bakal suami.

Suami Kerja Pilot
Difahamkan lelaki berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Berikut Sedikit Info Mengenai Wany Hasrita
Nama penuh: Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah

Tarikh lahir: 25 Disember 1992

Umur: 25 tahun

Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur

Genre: Pop dan Balada

Pekerjaan: Penyanyi

Tahun aktif: 2016 sehingga kini

Syarikat rakaman: FMC Music

Single: Menahan Rindu (2016), Disana Cinta Disini Rindu (2017), Rintihan Rindu (2017) dan Ewah Ewah (2017)

Pencapaian: Menerima pencalonan bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH 3.0) bagi Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baharu Wanita Popular

Media sosial: Instagram @wanyhasrita, Twitter @shazwanyhasrita dan Facebook @wanyhasritaa

Fakta menarik

1. Single pertamanya ialah Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul (adik Achik Spin), iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Single keduanya pula bertajuk Rintihan Rindu.

2. Berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.

3. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perubatan di MSU Shah Alam.

4. Jumlah tontonan di YouTube bagi lagu Menahan Rindu adalah hampir 30 juta dan lagu Disana Cinta Disini Rindu pula adalah 12 juta.

LIHAT VIDEO DIBAWAH


Assalamulaikum WBT, dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu dimuka bumi ini. Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk wany menempuh kehidupan difasa yang baru. InsyaAllah, wany akan bernikah malam ini, jadi dikesempatan ini, wany ingin mohon maaf andai wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua.

Maafkan kami, Doakan kami.

Penyanyi, Wany Hasrita akan melangsungkan pernikahan malam ini dengan Al-Adib Fahmi.

Wany, 30, yang membuat pengumuman itu menerusi Instagram turut memohon doa daripada sahabat dan peminat yang mengikutinya di platform media sosial itu supaya perkahwinannya dipermudahkan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu di muka bumi ini.

“Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan di fasa yang baru.

Insya-Allah, Wany akan bernikah malam ini. Jadi, dikesempatan ini Wany ingin mohon maaf andai Wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Wany turut berkongsi tanda pagar #adibwany berserta tarikh hari ini.

“Maafkan kami, doakan kami,” tulisnya.

Sumber : Baru Viral
LihatTutupKomentar

HISTATS